Monday, October 19, 2009

FAQ ~ Boleh tak waris ikut kem sekali ?

BOLEH. Kami amat mengalu-alukan waris yang ingin turut serta bersama anak-anak dalam kem ini. TAPI bukan sebagai peserta. Para waris boleh berada dalam setiap slot. Nak ambil gambar, nak videokan pegalaman anak ikut kem, nak memantau aktiviti, solat dengan anak-anak. TIDAK ADA APA YANG KAMI NAK SEMBUNYIKAN. Mungkin ada sesetengah konsultan sampai tak benarkan aktiviti mereka divideokan dan dipantau atas alasan mereka sendiri. Bagi kami, kehadiran dan pemantauan waris adalah tanda sokongan atas perkembangan sahsiah anak-anak. Jadi, kenapa tidak? Dengan syarat, perjalanan flow program ini tidak terganggu.

Kem Dusun Resort juga ada menyediakan penginapan-penginapan yang ekonomi hingga yang amat eksklusif. Dari 4 sharing hingga Golden Suite. Swimming pool pun ada kalau nak beristirehat. Ada sauna dan gym juga! Sila hubungi kami secepat mungkin untuk tempahan penginapan dan santapan. CAJ TAMBAHAN AKAN DIKENAKAN.

Jom sertai KEM SUPER MUSLIM!

No comments:

Post a Comment