Thursday, October 22, 2009

FAQ ~ Ada tak slot nangis2 a.k.a slot keinsafan ?

Aduhai..banyak sungguh soalan sebegini yang di tanya kepada kami..

TIDAK MENJADI TUJUAN UTAMA KAMI untuk membuatkan peserta-peserta menangis..DEMI ALLAH!! Kalau boleh biarlah tangisan itu hadir kerana keinsafan mereka, kesedaran bahawa ada tanggungjawab kepada Allah yang telah mereka lalaikan selama ini..

Kami tidak mahu tangisan yang hadir itu kerana takut, marah dan benci dengan approach kami! Jangan tidak tahu...ada konsultan(tak semua!) dan 'pembikin' program yang secara sengaja mewujudkan suasana huru-hara tapi akhirnya bertukar menjadi slot muhasabah.. Tong sampah yang hanya ada satu unit sahaja di dalam tempat latihan tiba-tiba 'beranak' jadi hampir 20 unit..tujuan?untuk disepak-sepak..

Ada juga yang sehingga mencekik kolar baju peserta dengan alasan nak jatuhkan ego peserta..Mungkin ada rasional mereka masing-masing berbuat demikian.

BAGI KAMI pendekatan lembut dan merawat punca masalah lebih berkesan..Kami hanya ingin mereka solat dan menghayatinya. Kami ingin mereka mengagungkan Rasulullah SAW sebagai role model. Kami ingin mereka sedar bahawa segalanya adalah milik Allah..
Jangan hairan jika pada tahun hadapan anak tuan / puan meminta untuk mengikuti program kami lagi!! =)

JOM DAFTAR!!

No comments:

Post a Comment