Monday, October 12, 2009

Info - Pendekatan -

KEM SUPER MUSLIM ~Motivasi Rasa Bertuhan~ akan berlangsung pada 5 hingga 7 Disember 2009 di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Ini merupakan tahun ketiga kem ini diadakan pada musim cuti sekolah bagi dimanfaatkan oleh adik-adik pelaar di utara tanahair.

Pada tahun lepas, kem ini telah diikuti bukan saja oleh peserta dari negeri Kedah, bahkan Perlis, Pulau Pinang dan Perak..alhamdulillah..

Pendekatan yang kami gunakan untuk mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan amat interaktif. Pada tahun sebelum ini, terdapat seorang peserta Muslimah yang tidak bertudung ketika pendaftaran..dan dia memang tidak membawa tudung ke kem ini. Namun, pada hari kedua adik ni dah pakai tudung!! Kami merisik dari kawan2 sekumpulan dengan dia..mana dia ambil tudung tu? Dia pinjam dari kawan satu group..alhamdulillah..Dia pakai bukan sebab malu..adik ni jenis tak kesah apa orang cakap...konfiden diri amat tinggi..tapi dia pakai sebab rasa ingin memenuhi kehendak Allah kerana telah banyak kehendak dirinya telah dipenuhi Allah...

Yang lebih mengejutkan..kami menerima seorang peserta yang memang selalu ikut kem..dikhabarkan ibunya memang akan pastikan dia mengikuti kem ketika cuti sekolah..tak kisah kat mana dia akan hantar..tak kisah berapa yurannya dia akan bayar..Jadi adik ini ada banyak pengalaman mengikuti pelbagai jenis kem termasuklah yang mempunyai nama yang besar dalam bidang motivasi..Dia memberitahu jurulatih kami pada malam yang kedua kem : "Kem ni yang paling best pernah saya ikut!Cuti tahun lepas mama hantar saya ikut kem ******. Kem tu yang saya paling stress. Pendekatan depa kasar. Siap cekak kolar baju peserta. Nak jatuhkan ego kami katanya"

Ya! Pendekatan kami menggunakan flow dakwah yang digunakan Rasulullah SAW.. Setiap kali berdakwah, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda Nabi SAW adalah membina hubungan. Hubungan amat penting sebelum kami menyampaikan isi dakwah. Kerana itu, kami tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan, baik secara tersurat atau tersirat, yang hanya akan menjauhkan sasaran dakwah(para peserta) dengan dakwah kami.

Kita telah dipersaudarakan kerana Islam. Oleh itu, para peserta adalah anak-anak dan adik-adik kami yang kami sayangi seikhlas hati. Kami JAMIN anak-anak tuan-tuan dan puan-puan akan dapat merasai kasih sayang kami sepanjang kem ini berlangsung!

JOM DAFTAR!!

No comments:

Post a Comment