Lokasi Kem Super Muslim 2009 yang telah ditetapkan adalah di Kem Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, Kedah. Tahun ini merupakan tahun ketiga kem cuti sekolah Rebutia diadakan di kem ini.
Faktor pemilihan Kem Dusun Minda Resort adalah :
Kemudahan penginapannya amat menyelesakan. Ada 8 dormitori yang mampu menempatkan 160 pelajar..setiap dorm ada air-cond..
Prasarana yang memuaskan..tiada masalah tekanan air..dewan latihan yang banyak dan berdekatan dengan tempat latihan
Kemudahan latihan di kem ini juga pelbagai. Tidak keterlaluan jika kami katakan ini adalah kem yang mempunyai paling banyak elemen latihan di utara Semenanjung Malaysia. Akitiviti yang kami pilih untuk dijalani oleh para peserta kem pada kali ini adalah ENDURANCE, OBSTACLE & FLYING FOX! Jom!
Makanan yang disediakan di kem ini juga sedap-sedap belaka. Tukang masak kem juga bijak menyesuaikan menu. Contohnya, pada tahun lepas peserta kem kami terdiri dari pelajar berusia 8 tahun hingga 17 tahun. Namun hidangan yang disediakan sesuai untuk semua. Sampaikan sepupu salah seorang jurulatih kami yang dikatakan 'susah teramat nak makan' kat rumah, mintak nasi tambah! =)
Kem ini juga amat luas. Jadi tidak ada masalah jika ada penganjur-penganjur program lain ketika kem ini dianjurkan. Tak perasan pun ada group lain tengah training masa kita tengah berprogram. Dari segi kawalan keselamatan, kawasan ini berpagar kecuali di kawasan hutan. Dan sentiasa ada pengawal yang meronda untuk memastikan keselamtan penghuni-penghuni kem. Tambahan pula kem ini juga adalah tempat berlangsungnya Program Latihan Khidmat Negara. Tapi kawasan kem PLKN agak jauh dari kawasan latihan awam.
Kem ini juga sering menjadi pilihan pelanggan-pelanggan korporat REBUTIA. Contohnya, Pos Malaysia Berhad, KL yang telah menggunakan khidmat latihan Rebutia selama dua tahun berturut-turut masih memilih Kem Dusun Minda Resort sebagai tempat latihan.
Klik pautan di bawah untuk melihat gambar-gambar Program Pos Malaysia :
Album #1
Album #2
Album #3
No comments:
Post a Comment