
IMAM MUDA AZHAR
Dilahirkan di Pokok Sena,Kedah dan kini menetap di Padang Serai,Kulim,Kedah. Mendapat pendidikan rendah di Sek Keb Tembak,Kuala Ketil antara tahun 1996-2001. Meneroka bidang penghafazan Al-Quran di Ma’had Tahfiz Nurul Islamiah,Baling dan Pengajian Islam (sistem zawiyah) di Madrasah Zuhdiah dan (4 thanawi) di Madrasah Misbah Al-Falah,Baling hingga 2009.Kini Mahasiswa di Fakulti Tahfiz dan Pengajian Islam,Yayasan Al-Huffaz,Kedah
PENGALAMAN:.
ROHAIZAN ISMAIL
Rohaizan bin Ismail merupakan teraju utama Rebutia Corporation Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Urusan dan Perunding Motivasi Utama. Kerjaya beliau bermula sebagai Eksekutif Pentadbiran Qaid Corporation Sdn. Bhd. di Skudai, Johor selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia di dalam bidang kejuruteraan Kimia. Di peringkat Universiti, beliau bergiat aktif dengan program kemasyarakatan dengan terlibat secara langsung sebagai timbalan Presiden Kelab Kaunseling dan Kerjaya dan Timbalan Penyelaras PRS UTM. Pengalaman mengendalikan program motivasi, khidmat masyarakat, TOT, bimbingan kerjaya, kepimpinan, latihan korporat semasa menjadi pelajar, akhirnya membuatkan beliau beralih bidang secara tetap apabila memulakan kerjaya pada tahun 2000.
Pada Julai 2001 sehingga 2007, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dengan menyertai syarikat Rebutia Learning Centre Sdn. Bhd. dan diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan penting sebagai Penolong Pengurus, Pengurus Pentadbiran, Pengurus Pemasaran, Pengurus Kem, Pengurus Projek dan juga sebagai Perunding Latihan. Pada masa yang sama, beliau turut dilantik sebagai Jurulatih jemputan di NMS Top Consultant Sdn. Bhd yang terletak di Shah Alam, Selangor dan di Focus Learning Consulting Sdn. Bhd di Kelana Jaya, Selangor. Beliau sempat mengikuti kursus ‘Training Of Trainers’ (TOT) dan ‘Development of Human Capital (Trends and Learning Option)’. Bagi memberi fokus pada perundingan dan pembangunan kemanusiaan, beliau menubuhkan Rebutia Corporation Sdn. Bhd. (RCORP) yang mana sehingga kini telah mula di kenali di seluruh Malaysia dan Singapura.
Rohaizan, merupakan ‘practitioner’ untuk Inner Self Power basic and advance dan S.E.F.T. juga MIND POWER bersama navigator otak kanan. Sektor korporat beliau banyak mengendalikan latihan antaranya FELCRA BERHAD, Pejabat Tanah dan Galian, Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sekretariat Malaysia Prihatin, PROSTAR MALAYSIA dan beberapa syarikat swasta. Sektor pendidikan pula antaranya UIA, UITM, UTM, UKM, USIM, KPTM, UTHM, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI, UMT, Sekolah Berasrama Penuh (SBP dan SBPI), MRSM, Sekolah Harian Menengah dan Rendah, Sekolah Antarabangsa, Sekolah Swasta, Madrasah Wak Tanjong dan Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiyah, Singapura.
Beliau juga pernah dilantik mengendalikan kursus SPIES untuk Negeri Selangor bersama Kolej Universiti Islam Selangor. Fokus beliau di dalam bidang latihan pula meliputi motivasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran belajar dan pembangunan kemanusiaan
SAIFOL ADLI AHMADAN
Beliau merupakan Pengarah Urusan merangkap jurulatih Rebutia Training & Event Sdn. Bhd. Memulakan kerjaya beliau bermula sebagai Jurutera di sebuah syarikat pembinaan terkemuka Johor Bahru selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia di dalam bidang Kejuruteraan Awam. Bergiat aktif semasa mengikuti pengajian di UTM antaranya penasihat Projek Tunas Harapan & Majlis tertinggi Jawatankuasa Pelajar Kolej Tun Dr Ismail, Exco Persatuan Mahasiswa Islam UTM, AJK Majlis Perwakilan Pelajar dan perintis ‘Peer’s group Unit Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar UTM.
Pada tahun 1987 beliau menyertai sebuah syarikat perundingan dan latihan di Johor yang banyak mengendalikan program bersama jabatan kerajaan, korporat, perkilangan dan pelajar. Beliau juga terlibat secara langsung sebagai moderator dan fasilitator ‘ summer camp’ untuk pelajar daripada Singapura.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai pengarah syarikat Rebutia Learning Centre Sdn. Bhd. yang beroperasi di Gombak, Selangor. Antara bidang tugas beliau ialah merancang, membangun dan menguruskan sebuah kem Rebutia di Gombak, Selangor dan Pusat Latihan Air Hitam, Kluang, Johor sehingga 2006.
Saifol Adli merupakan ‘practitioner’ untuk The Attractor Factor (GOAL PRAYING) dan Spriritual Emotion Freedom Technic (SEFT). Beliau juga telah mengikuti program ‘MIND POWER’ dan Rahsia Otak Kanan oleh Kapten SAR (Navigator Otak Kanan) dari Indonesia. Pernah mengikuti dan memberi latihan Training For Trainer (TOT) untuk institusi pendidikan. Beliau juga terlibat untuk program pembangunan kakitangan dan pelajar seperti program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Remaja Juvana, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta jabatan kerajaan dan bukan kerajaan yang lain. Beliau telah dilantik oleh Kolej Universiti Islam Selangor sebagai jurulatih bersama program SPICES anjuran kerajaan negeri Selangor. Merupakan jurulatih bersama kursus semangat pasukan untuk korporat dan bertindak sebagai Ketua Penyelaras untuk Pembangunan Modul dan Latihan. Fokus beliau di dalam bidang ini lebih kepada semangat berpasukan, kepimpinan dan pengurusan organisasi
Antara pengalaman beliau
SEKTOR KORPORAT
WEST PORT (M) SDN BHD, PRISM SECURITY MALAYSIA, Institut, Kecemerlangan MARA, Institut Penilaian Negara, YAYASAN AL – BUKHARY, Kementerian Kemajuan Luar Bandar (Selangor & Perak), Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Jabatan Bekalan Air Pahang, Syarikat Air Trengganu (SATU), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), MARA Negeri Perlis, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), MARA Negeri Kedah, Jabatan Zakat Negeri Kedah, POS Malaysia, Pejabat Daerah Larut Matang Selama, Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Sekretariat Malaysia Prihatin (NGO naungan Tun Jeanne Abdullah), PROSTAR Malaysia dan lain – lain agensi
SEKTOR PENDIDIKAN
UTM, UTHM, UIA, UITM, KPTM, Kolej Komuniti Semalaysia, Sekolah berasrama penuh, MRSM, Sekolah bantuan kerajaan dan swasta, Rumah Tunas Bakti (Remaja Juvana), Rumah Titian Kasih, Kuala Lumpur (Rumah perlindungan), Madrasah Al-Irsyad (Singapura), Madrasah Wak Tanjong (Singapura), Ittihad Mahasiswa Pengajian Islam Antarabangsa Singapura, Nanyang Tecnological University Muslim Society Singapura, Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura